" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

Muhammad Iylia bt Hashim





Tiga makanan punca wajah berjerawat}
Friday, 26 October 2012 | 04:53 | 0Comment


Assalamualaikum
Begitu lama lama lama lama lama lama lama saya tidak meng-update kang (KANG GARY?) . Punca PMR. Tapi PMR dah lama habis dah. HAHA. Tapi masih "busy". Busy ? Busy menghabiskan cerita koreaaaaa :) 

Sudah dimaklumkan bahawa baru-baru saya baru habis menghadapi PMR. Jadi, apabila menghadapi peperiksaan, kita mula tertekan. Kalau dah tertekan tu mestilah nak makan macam-macam kan ? Makan tak pantang pula tu. Main bantai segala apa yg ada. Bila dah makan macam-macam tu , TERtumbuh lah jerawat.  Bertambah tertekan lah. Jadi, saya dah godek godek dekat internet dan saya nak share lah sikit dengan kome kome ni :) Berilah perhatian.

MAKANAN YANG DIGORENG
Rakyat malaysia memang suka  sangat makan makanan yang digoreng.Tapi bila kita mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat akan tumbuh. Contoh makanan yang berminyak ialah kentang goreng, ayam goreng dan benda yang bergoreng lah :)

MAKANAN YANG TINGGI GULA
Gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung  ia boleh menyebabkan jerawat. Gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. Gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Contoh makanan yang tinggi gula ialah aiskrim, coklat, biskut dan bijiran.

MAKANAN TINGGI KARBOHIDRAT
Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana yang dimetabolisme oleh hampir kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian yang diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya beras putih, pasta, roti putih.



credits to :     Remaja